Wednesday, March 31, 2021

Hello Sarawak ! (Part 2)




Dah sedia? jom kita merantau bersama ....


Sambungan daripada part 1 okay? 


ya Alhamdulillah ditempatkan di kawasan bandar , di mana Allah memang tahu tahap kemampuan kita kan , syukur .Lepas sahaja dapat tahu nama Sekolah ,terus google kawasan mana , waktu tu baru lepas takbir raya kat rumah , ummi dah nak mula kan perjuangan di dapur , dan yang lain-lain sibuk mengemas terakhir bagi persiapan raya esok hari nya , lepas dah tahu tempat ,terus turun bawah 


" Ummi Abi kakak dapat Miri ,tapi tak pasti lagi kawasan area mana cuma tengok google tu macam bandar"


Sedih sebak syukur semua ada malam tu , dan waktu tu hati dah mula sebak sebab bakal tinggalkan Keluarga untuk tanggungjawab baru , bukan di tanah yang sama , dan perlu merentas laut china selatan.

Persiapan tidak terlalu banyak sebab dah banyak buat persiapan awal , dan juga dah dimaklum sampai sana kena kuarantin dahulu , lepas pada itu baru lapor diri .

Ujian nak ke Sarawak pun ada , dari nak cari tiket , cari rumah , eh semualah , tempat kita tak biasa kot , dan Alhamdulillah Allah temukan dengan hamba2Nya yang sangat membantu , terima kasih moga Allah membalas jasa kalian .

Untuk pembaca yang ada niat nak posting ke sini atau mana-mana tempat lah yang jauh dari tempat kebiasaan kita , pertama sekali kena kenal dulu tempat kita dapat, kawasan macamana ? mudah atau tidak nak cari barang keperluan? mula survey tempat tinggal berdekatan dan kemudian bahagian barang,baju tak perlu banyak-banyak bawa ,yang paling penting untuk pertama kali ialah dokumen-dokumen ,passport ,i/c sebab kita tak biasa tempat baru  mana nak copy ,mana nak cop mana nak ambil gambar jadi itu yang paling utama , bab baju makanan semua tu nombor dua dan persediaan hati, mental dan fizikal sebab apa ? banyak benda baru bakal di tempuhi dan pelajari .

Diri kita , minda kita , kena cuba untuk kuat ,menangislah sepuasnya kalau itu dapat memberi kekuatan, lepas itu cuba bangkit , waktu tu kalau kata nak bersedia jujur tak bersedia langsung ,ikut hati taknak pergi satu je sebabnya jauh , tapi redah je lah ,kita tak tahu apa Allah atur dan mungkin kalau tak redah saya tak jumpa mereka2 yang saya kenal sampai harini , banyak belajar . 

sepatutnya kami lapor diri 10 Jun 2020 tapi atas kekangan masalah tiket , 18 Jun 2020 sampai Miri , dan Lapor diri 3 Julai 2020 sebab kuarantin 14 hari . Syukur ditemukan dengan insan2 baik yang membantu .

Bila sorang2 ni kan Kebergantungan kita pada Allah sangat kena kuat , kalau tak memang kecundang , hatta sampai sekarang belum sepenuhnya kuat , ujian hari2 menerpa , kalau kita tak kuat kita tak cuba fikir baik2 , rosak diri rosak hati .

So jom lah kita tengok serba sedikit gambar kenangan , oh ya ini antara achievement paling besar la untuk seorang Munirah , berjauhan dan tak balik selama 7 bulan , seksa jiwa 😭 tapi pandemik tak dapat nak buatapa .





First selfie dalam bas nak ke tempat kuarantin .



KLIA 18/06/2020


Dari WS ke Miri bersama


Antara kakak yang banyak membantu dari awal hingga hatta hingga sekarang
Kak Aimi & Kak Izyan , gambar dengan kak yan tak banyak haha






Kakak Bella pun antara kakak yang tolong dari belum jejak sampai sekarang =)


Makcik-makcik saya di Miri


Bff Aunty Mun =)


       
                            Family In Miri 🥰
              Kak aimi ,Kak Ana , Kak hanis ❤



Kawan lari2 aunty Mun yang dah pulang Kelantan 🥰


Kalau nak tengok awal2 sampai dulu macamana polis escort semua anything la pasal Miri yang sis dah lalui tak sampai setahun bolela tengok dekat highlight Miri tu , tapi tak banyak knowledge pun ,lebih kepada apa pengalaman yang dah dilalui dan kenangan , bakal banyak lagi tu nt 😊



 Alhamdulillah , terima kasih Allah yang mengatur untuk sentiasa temukan diri ini dengan insan2 berhati mulia 😊

Untuk akhirnya , berjauhan bukan suatu benda mudah , hati tak kental memang banyak benda boleh jadi , lagi jauh lagi macam2 Allah uji , cukup cukuplah kita membandingkan manusia , sebab apa? kita takkan pernah tahu apa hati seseorang itu sedang lalui dan perjuangkan , perit kita , sakit kita , seronok kita , diri sendiri sahaja yang tahu . Apa2 pun bila jauh dengan keluarga carilah circle yang baik , bukan sahaja yang dapat jaga jasmani dan emosi ( bagi seronok ja kan ) tapi yang jaga kita dengan Tuhan  ,agar tiap kegembiraan kesedihan yang dilalui semua berpandu pada DIA .

Salam sayang ,
Munirah Junid
Miri
31/03/2021

Tamat.


Tuesday, March 23, 2021

Hello Sarawak ! ( Part 1)

 




Mac 2019 ,

Ting .. ting .. ting .. 

notifikasi telefon berbunyi , ayat yang keluar " Permohonan guru interim dibuka " lalu tanpa membuang masa , tangan ligat mengisi butiran-butiran yang diperlukan , permohonan hanya dibuka selama 1-2 minggu sahaja waktu itu , terus isi terus hantar tanpa fikir panjang fikir sewaktu itu " oh ini peluang , jangan sia siakan " dan atas dorongan ummi abi , aku tekad untuk mengisi walaupun waktu itu aku sudah selesa ditempat kerja yang baharu , ya seronok ,dekat dengan keluarga , dekat dengan semuanya lah .


Mei 2019 ,

Ting .. ting ..

sekali lagi notifikasi berbunyi berkaitan  guru interim " Anda boleh menyemak keputusan bagi ujian ( bertulis) " alahai saya lupa lah nama ujian , tak apalah nanti cari balik hehe  ,dan seteleh menyemak nama , Alhamdulillah tersenarai untuk saringan pertama ,  tidak lah susah mana pun ujiannya lebih kepada nak tengok tahap keikhlasan kita rasanya , waktu itu saya kesana ipg ilmu khas bersama kekuatan saya Ummi dan abi ,setengah  hari disana dan selesai .. tunggu lagi ... ( ingat senang ke nak kerja ?) 


Jun 2019

" Boleh semak dah untuk saringan kedua"

oh ya sebenarnya kami ada group di telegram ,ada tukang mengupdate disana so mudah kerja , zaman sekarang semua dihujung jari   nak cari jodoh pun boleh guna hujung jari ( tiber ) , nak tahu tak apa keputusannya? eh eh mestilah semua tahu dah , kalau tak ,tiadalah saya di mana saya berada sekarang kan? tapi tak kisah lah, nak kongsi  jugak , alhamdulillah dapat saringan kedua , yang ini susah sikit kena lisan , ohh lupa la nak beritahu , saya sebenarnya mohon guru interim bagi subjek bahasa arab , dan sepatutnya di tempat kan di SABK tapi perancangan Allah kita tak pernah tahu kan .


Selepas beberapa minggu keluar lah result ,  Alhamdulillah dapat cumanya tersenarai sebagai "calon simpanan" sebab waktu itu SABK tak memerlukan ramai guru dan yang mohon interim ni ramai , itu orang kata "ikut rezki"


Dan mulalah sesi menunggu kembali ... sampai lah ke tahun 2020 jeng jeng jeng ...


Februari 2020 

" Boleh semak dah kawan2 untuk calon² simpanan "

Mereka letak calon2 simpanan SABK ke SK yang memerlukan GPI , 

Tangan laju terus menaip nombor IC dan password , Fuh ! PENEMPATAN : SARAWAK

Macam-macam bermain di kepala , sebab waktu diberitahu penempatan tiada diberitahu spesifik tempat , ingat Sarawak kecil? Besar tau , dan ada 3 fasa , bandar , Luar bandar dan pedalaman , dan waktu tu memang reda kalau ditempatkan di pedalaman , terbayang buaya lah , rumah panjang lah , naik boat lah orang suka berfikir memang macam itu . 


Berat hati nak pergi , tak pernah berjauhan hampir 24 tahun , berat hati nak terima ,tapi atas dorongan ummi abi , ku gagahkan hati ini terima tawaran sebab bukan semua dapat rezki tawaran tersebut .

Pada asalnya kami sepatutnya posting dalam bulan April 2020 , tetapi disebabkan pandemik yang melanda negara , tarik posting ditangguh - tangguh , mainan emosi bermula lagi , kerja asal dah letak jawatan akhir bulan 2 , tapi nak kata rezki tu Allah punya bila kita usaha , selama tempoh menunggu kita cuba buat kelas online alhamdulillah setiap bulan masih dapat membeli dengan shopee ( beli barang rumah n barang nak ke sarawak ye kan pkp masa tu ) ,Allah kalau kita usaha memang DIA bagi , kalau tak bagi secara terus pun memang DIA akan bagi ,kena sabar sikit , nak sabar tu lah ,bukan semua dapat ehhh keluar tajuk dah ,

okay kembali pada kisah Sarawak saya ,tunggu punya tunggu dan akhirnya selepas takbir raya malam syawal berkumandang , selepas waktu isya'

" Kawan² dah boleh check penempatan"

debar dia bukan main , macam nak tengok result 

.

Laju lagi sekali tangan menekan papan kekunci telefon , masukkan nombor IC dan Password ,


Tahniah anda telah ditempatkan di .......


okay jom sambung part 2 lah 🤭


Tuesday, June 23, 2020

My Braces Journey !

Hello , Assalamualaikum semua ! sihat ? macamana musim PKPP kalian ? ada yang dah mula kerja kan ? , kelas-kelas online buat pelajar-pelajar juga diteruskan , Alhamdulillah , kehidupan kembali seperti asal cuma kita perlu mengamalkan norma hidup yang baharu . Oh ya , ada apa dengan entry kali ni ? jeng jeng jeng ...

Terang lagi bersuluh di tajuk , saya nak kongsi pengalaman menjadi pemakai braces , sebab kan sekarang saya lihat kebanyakan anak muda anggap braces ni trending , ehh kau gigi elok sibuk nak pakai braces , geram pulak kite . Jadi ayuhla ~~ ( masa banyak sangat masa kuarantin ni kan 😋😝)

So mungkin akan ada yang bertanya saya buat pendakap gigi dimana ? okay saya mendaftar di Klinik Kerajaan Shah Alam masa tu umur dalam 14 tahun tak silap saya ( ingat-ingat lupa ) , bayaran waktu tu Rm700 sahaja bayar sikit-sikit tempoh hingga habis treatment Alhamdulillah , kemudian masa umur 16 tahun baru dipanggil untuk memulakan rawatan ( ceh macam serius benoo bunyinya ) . Lama kan tunggu ? standard la bukan kita sorang ja nak buat tapi , bukan terus pakai tau , step by step saya pakai betul-betul semuanya masa umur awal 18 tahun .

So masa mula-mula, saya kena Xray gigi dulu, nak tengok tahap keseriusan perlu pakai atau tidak pendakap gigi , dan setelah di Xray doktor cek , saya memang perlu pakai , sebab sampai tak dapat tutup mulut dulu hehe .Xray tu tiada dah, tapi saya nak kongsi replika gigi saya kalau tak boleh tengok jangan teruskan pembacaan okay?




ni waktu form 5 , nampak tak gigi saya tu shiann dia



haa , inilah replika gigi saya , ni memang dari mulut saya depa buat , so nampakkan keadaan gigi saya yang agak teruk waktu itu :')


So after Doktor gigi tu tengok Xray n gigi saya ,  Dr tu maklum yang memang perlu buat dan perlu buang dua batang gigi saya untuk masukkan balik gigi yang terkeluar tu . Antara punca gigi saya jadi begitu sebab minum susu botol lama dan rahang gigi agak kecil jadi sebab tu kena buang dua batang gigi untuk masuk dan ratakan ia kembali  sedih kan ? haha Masa darjah satu selalu kena ejek rabbit , pengalaman hidup gaisss .


So yang dibulatkan itulah gigi yang dicabut dalam keadaan sihat ,
 kiri dan kanan dua-dua dicabut .


okay jadi mula sekali gigi dicabut , temujanji seterusnya masukkan getah celah gigi , lepastu pasang macam besi kat gigi belakang , n lastly awal 2013 barulah dipasang besi-besi kecil pada gigi dan diikat dengan besi . Maka bermulalah kehidupanku sebagai si pemakai pendakap gigi .awal-awal memang sakit , sebab dia nak tarik gigi tu masuk balik kan , tapi lama-lama macam dah serasi dengan sakit ,lalu target nak kurus lepas pakai braces hanyalah mimpi semata 😂😂😂 ,

oh ya bab telan besi telan getah semua pernah , sapa suruh tak jaga makan kan 😅. Ada sekali tu makan apple , memang tercabut weh besi hat belakang dan tertelan sekali sebab tak perasan 😂😂😂 , dah habis makan baru sedar eh braces hilang , tu belum masuk part kena marah manja dengan doktor , awal-awal memang selalu kena , tapi dah lama-lama dah biasheee gitu , sebelum appointment memang tak makan sebab takut tersangkut 😂 nanti doktor tegur malu , selalu yang suka main sangkut-sangkut ni cili lah , tak sedar tiba-tiba dia duk elok celah besi , sebab tu nak pakai pendakap gigi ni kena bersih , rajin belek gigi kalau tak rosakla gigi hampa .

 Temujanji akan dibuat kadang sebulan sekali kadang dua bulan sekali , waktu awal-awal pakai braces masa tu baru masuk KUIS , zaman asasi , memang kadang pagi temujanji nya so balik .Shah Alam sat , settle balik KUIS terus , gitulah kehidupannya berulang hingga tahun 2017 .


Ni masa awal pakai braces, tak nampak sangat kan haha , tiada pula gambar zoom in gigi
hai Tiqah n kak Sha ni masa zaman semangat 😂

24/11/2017 ya masih ingat tarikhnya , ini lah tarikh dimana braces dibuka , syukur Alhamdulillah tapi still kena pantau dengan doktor sebab takut gigi bergerak , takut kan 😨 cuba bayang , duk elok-elok dah rapat , jadi jongang balik , nangis la cerita dia 😂 . Okay so lepas dah buka masih ada temujanji hingga sebab kena pakai retainer pula lepas tu . Setahun lebih juga masih dalam pantauan doktor , sebab saya ni kadang-kadang tak ikut cakap doktor , Doktor pesan pakai 24 jam retainer tu buka hanya waktu makan tapi kita buat peraturan sendiri 😋 ( ish ish ish hat tu jangan diikut lah ya teman-teman )


Lepas buang besi gigi , depa buat lagi satu replika selepas buka, ha ni betul-betul lepas buka , dah masuk dalam dan ruang gigi yang dicabut pun dah tiada .


Haaa retainer tu macam tulah yang dekat gigi saya tu, dia boleh buka n simpan ,
 tapi masih ada cara penjagaannya
( saya belum kurus okay gambar ni angle dia buat nampak kurus #doneadmit)

So awal 2020 haritu ,officially discharge from treatment orthodontic di KK S.Alam Alhamdulillah no more appointment , but still retainer kena pakai waktu tidur sebab gigi tu bila-bila masa dia boleh jalan-jalan balik 😥 ( tapi kadang skip juga pakainya 😂 ) .

So jagalah gigi baik-baik okay? Terima Kasih semua nurse dan doktor yang pernah merawat gigi saya ! Moga Allah melindungi kalian setiasa amiin.

nampak kan perbezaan dia ?



 Huge differences kannnn hahaha

Okaylah itu saja untuk kali ni , disebabkan kuarantin ni ha yang rajin menaip ni , Doakan saya di Miri , Sarawak ini agar dimudahkan semua urusan ya.

Terima kasih baca hingga akhir ! Jumpa lagi 😄



















Saturday, April 11, 2020

Jalan terus .

Andai masa bisa diputar ,
Andai masa bisa dikembalikan ,
Ingin sekali aku pusing kembali masa ,
Pada tiap kali aku kecapi kegembiraan,
Agar tiada lagi kisah duka,
Yang perlu diharungi ,

Tapi ,

Aku lupa yang rencanakan semua ini DIA,
Yang susun semua ini DIA,
Maka siapalah aku untuk mempersoalkan takdir DIA,
Ketahuilah setiap rencana yang ditakdirkan ,
Punyai kisah indah tersendiri ,
Yang hanya akan dapat dilihat ,
Jika kita melihat ia dengan mata hati ,

Maka,

Jalanilah tiap rencana pemilik cinta itu,
Dengan penuh rasa syukur ,
Agar kita dapat rasai keindahan,
Dalam tiap rencana Pemilik hati .

Jalan terus , Senyum .

_ Munirah Junid _
1420 12042020

Saturday, July 27, 2019

Tenang itu milik Allah .

Hati mulai gelisah , memikirkan terlalu banyak dosa yang telah dilakukan ,puas berfikir apa yang bisa membuat hati ku tenang kembali?

Lama-kelamaan , aku mula mencari -cari , cahaya yang aku amat rindukan , dan cahaya tersebut mulai menerpa ,kasih sayang Allah yang tiada batas menyapa ,hati mulai tenang ,walau badai menerpa , hati menjadi tenang ,

lalu aku sedar ,

yang tenang itu milik Allah , dan Allah akan memberi ketenangan kepada mereka yang memerlukan dan mencari DIA ..

-munirahjunid-
1436
28/7/2019

Saturday, July 20, 2019

Reborn

Bismillahirrahmanirrahim ,
Assalamualaikum , Hi semua !! Sihat ke tu ? Buat apa je hujung minggu ni ? untuk pengetahuan semua inshaAllah saya akan aktif kembali dalam dunia penulisan blog ini , Stay tuned guys ! Oh ya kalau ada topik-topik menarik untuk di ualas atau di kaji bolehla drop komen dibawah atau boleh DM je kat mana-mana SocMed saya yang kalian tahu .

Untuk minggu ni lebih kepada refreshing diri balik dan ada satu topik ringkas saya nak cerita, fuh .. sekian lama tidak melebarkan sayap disini kan , satu topik ringkas yang saya nak bawa minggu ni adalah jeng jeng jeng.... sila lihat gambar saya yang comel tu ( siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ) okay back on topic .

shine atau maknanya dalam bahasa melayu adalah bersinar , apa pula kaitan sinaran dengan manusia ? ehh banyak kaitannya tau . Allah cipta manusia mempunyai pelbagai kelebihan dan bakat yang kadang manusia itu sendiri tak tahu .Kawan-kawan , suka untuk saya ingatkan diri kita bersama , jalan cerita kita semua berbeza , ada yang Allah rezkikan kaya dari kecil ada yang Allah rezkikan kebahagiaan dari kecil dan macam-macam lagi rezki yang Allah beri pada kita tugas kita adalah untuk terus bersyukur dengan apa yang telah Allah beri dan perbaiki serta pertingkatkan pencapaian diri .

Jangan pernah sama kan diri awak , nasib awak dengan orang lain , malah apa yang perlu kita buat ialah  bersyukur atas apa yang Allah tetapkan dan yakin Hikmah Allah  itu luas . Memang tak dinafikan , kadang diri sendiri pun suka mengeluh ,suka terasa dengan iu dengan ini , tapi , cuba kita fikir secara rasional , Allah sebenarnya dah bagi banyak rezki dekat kita tanpa kita sedar , cuma sifat manusia mahukan yang lebih lagi , tak salah teruskan cipta langkah terbaik untuk diri masing-masing teruskan menjadi 'cahaya' untuk yang lain , teruskan jadi orang yang bermanfaat untuk yang lain, saya suka perkataan "shine" ambil ibrah daripada ciptaan Allah sang matahri yang tidak pernah jemu menerangi bumi siang dan malam ( cahaya dari bulan itu adalah daripada bumi tak caya nah baca sendiri di link ni https://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_(satelit) ) jadilah insan yang mampu membuat insan lain tersenyum. Cipta jalan cerita terbaik untuk diri kita untuk dijadikan bahan cerita dehadapan Allah kelak :)

semoga kita menjadi manusia yang bersyukur dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mempertingkatkan pencapaian diri . Selamat bersinar sahabat !

- munirah junid-
20/07/019
1621

Friday, January 4, 2019

Judgemental?

We can't easily judge people without knowing what are they have been through . People nowdays mostly they love to judge before they ask what is going on happen .
.
so just some tips for me ,you and we for not easily judging people 
1) Don't to fast make a conclusion on something . ya like if you see one people are making sad face ,then u conclude ohh he/she in sad situation,did u know that people? then why u make that conclusion ? or maybe their faces is naturally like that , so please people find the best source before you jump on a conclusion.

2) Try to know the person before you make an assumption to them . Truly i really hate those people that say " oh i know her la , she mmg macamtu , " but then actually ure not staying with them for a long time pun , ure not with them 24 hours , so how can u say like that? 
3) Teach your mind to take care of your business rather than care of other business . U have a lot of work ,why u keep ur eye on those people . Lets busy ourself to improve ourself day by day okey? so no more judge2 before knowing okey? .
so ya maybe u guys have some good tips to share with , just drop off your comment there , this is just my opinion, everybody have their own thinking right ,so ya happy reading guys .
sorry for mix up the langguage i will try to improve day by day , inshaAllah and sorry for all gramatical error , this is my first long post in english haha so ya , how can i improve the langguage if i didnt practice it ?
.
 - Munirah Junid -
1815
1/10/2018