Terang lagi bersuluh di tajuk , saya nak kongsi pengalaman menjadi pemakai braces , sebab kan sekarang saya lihat kebanyakan anak muda anggap braces ni trending , ehh kau gigi elok sibuk nak pakai braces , geram pulak kite . Jadi ayuhla ~~ ( masa banyak sangat masa kuarantin ni kan 😋😝)
So mungkin akan ada yang bertanya saya buat pendakap gigi dimana ? okay saya mendaftar di Klinik Kerajaan Shah Alam masa tu umur dalam 14 tahun tak silap saya ( ingat-ingat lupa ) , bayaran waktu tu Rm700 sahaja bayar sikit-sikit tempoh hingga habis treatment Alhamdulillah , kemudian masa umur 16 tahun baru dipanggil untuk memulakan rawatan ( ceh macam serius benoo bunyinya ) . Lama kan tunggu ? standard la bukan kita sorang ja nak buat tapi , bukan terus pakai tau , step by step saya pakai betul-betul semuanya masa umur awal 18 tahun .
So masa mula-mula, saya kena Xray gigi dulu, nak tengok tahap keseriusan perlu pakai atau tidak pendakap gigi , dan setelah di Xray doktor cek , saya memang perlu pakai , sebab sampai tak dapat tutup mulut dulu hehe .Xray tu tiada dah, tapi saya nak kongsi replika gigi saya kalau tak boleh tengok jangan teruskan pembacaan okay?
ni waktu form 5 , nampak tak gigi saya tu shiann dia
haa , inilah replika gigi saya , ni memang dari mulut saya depa buat , so nampakkan keadaan gigi saya yang agak teruk waktu itu :')
So yang dibulatkan itulah gigi yang dicabut dalam keadaan sihat ,
kiri dan kanan dua-dua dicabut .
okay jadi mula sekali gigi dicabut , temujanji seterusnya masukkan getah celah gigi , lepastu pasang macam besi kat gigi belakang , n lastly awal 2013 barulah dipasang besi-besi kecil pada gigi dan diikat dengan besi . Maka bermulalah kehidupanku sebagai si pemakai pendakap gigi .awal-awal memang sakit , sebab dia nak tarik gigi tu masuk balik kan , tapi lama-lama macam dah serasi dengan sakit ,lalu target nak kurus lepas pakai braces hanyalah mimpi semata 😂😂😂 ,
oh ya bab telan besi telan getah semua pernah , sapa suruh tak jaga makan kan 😅. Ada sekali tu makan apple , memang tercabut weh besi hat belakang dan tertelan sekali sebab tak perasan 😂😂😂 , dah habis makan baru sedar eh braces hilang , tu belum masuk part kena marah manja dengan doktor , awal-awal memang selalu kena , tapi dah lama-lama dah biasheee gitu , sebelum appointment memang tak makan sebab takut tersangkut 😂 nanti doktor tegur malu , selalu yang suka main sangkut-sangkut ni cili lah , tak sedar tiba-tiba dia duk elok celah besi , sebab tu nak pakai pendakap gigi ni kena bersih , rajin belek gigi kalau tak rosakla gigi hampa .
Temujanji akan dibuat kadang sebulan sekali kadang dua bulan sekali , waktu awal-awal pakai braces masa tu baru masuk KUIS , zaman asasi , memang kadang pagi temujanji nya so balik .Shah Alam sat , settle balik KUIS terus , gitulah kehidupannya berulang hingga tahun 2017 .
Ni masa awal pakai braces, tak nampak sangat kan haha , tiada pula gambar zoom in gigi
hai Tiqah n kak Sha ni masa zaman semangat 😂
24/11/2017 ya masih ingat tarikhnya , ini lah tarikh dimana braces dibuka , syukur Alhamdulillah tapi still kena pantau dengan doktor sebab takut gigi bergerak , takut kan 😨 cuba bayang , duk elok-elok dah rapat , jadi jongang balik , nangis la cerita dia 😂 . Okay so lepas dah buka masih ada temujanji hingga sebab kena pakai retainer pula lepas tu . Setahun lebih juga masih dalam pantauan doktor , sebab saya ni kadang-kadang tak ikut cakap doktor , Doktor pesan pakai 24 jam retainer tu buka hanya waktu makan tapi kita buat peraturan sendiri 😋 ( ish ish ish hat tu jangan diikut lah ya teman-teman )
Lepas buang besi gigi , depa buat lagi satu replika selepas buka, ha ni betul-betul lepas buka , dah masuk dalam dan ruang gigi yang dicabut pun dah tiada .
Haaa retainer tu macam tulah yang dekat gigi saya tu, dia boleh buka n simpan ,
tapi masih ada cara penjagaannya
( saya belum kurus okay gambar ni angle dia buat nampak kurus #doneadmit)
So awal 2020 haritu ,officially discharge from treatment orthodontic di KK S.Alam Alhamdulillah no more appointment , but still retainer kena pakai waktu tidur sebab gigi tu bila-bila masa dia boleh jalan-jalan balik 😥 ( tapi kadang skip juga pakainya 😂 ) .
So jagalah gigi baik-baik okay? Terima Kasih semua nurse dan doktor yang pernah merawat gigi saya ! Moga Allah melindungi kalian setiasa amiin.
nampak kan perbezaan dia ?
Huge differences kannnn hahaha
Okaylah itu saja untuk kali ni , disebabkan kuarantin ni ha yang rajin menaip ni , Doakan saya di Miri , Sarawak ini agar dimudahkan semua urusan ya.
Terima kasih baca hingga akhir ! Jumpa lagi 😄
No comments:
Post a Comment