Mac 2019 ,
Ting .. ting .. ting ..
notifikasi telefon berbunyi , ayat yang keluar " Permohonan guru interim dibuka " lalu tanpa membuang masa , tangan ligat mengisi butiran-butiran yang diperlukan , permohonan hanya dibuka selama 1-2 minggu sahaja waktu itu , terus isi terus hantar tanpa fikir panjang fikir sewaktu itu " oh ini peluang , jangan sia siakan " dan atas dorongan ummi abi , aku tekad untuk mengisi walaupun waktu itu aku sudah selesa ditempat kerja yang baharu , ya seronok ,dekat dengan keluarga , dekat dengan semuanya lah .
Mei 2019 ,
Ting .. ting ..
sekali lagi notifikasi berbunyi berkaitan guru interim " Anda boleh menyemak keputusan bagi ujian ( bertulis) " alahai saya lupa lah nama ujian , tak apalah nanti cari balik hehe ,dan seteleh menyemak nama , Alhamdulillah tersenarai untuk saringan pertama , tidak lah susah mana pun ujiannya lebih kepada nak tengok tahap keikhlasan kita rasanya , waktu itu saya kesana ipg ilmu khas bersama kekuatan saya Ummi dan abi ,setengah hari disana dan selesai .. tunggu lagi ... ( ingat senang ke nak kerja ?)
Jun 2019
" Boleh semak dah untuk saringan kedua"
oh ya sebenarnya kami ada group di telegram ,ada tukang mengupdate disana so mudah kerja , zaman sekarang semua dihujung jari nak cari jodoh pun boleh guna hujung jari ( tiber ) , nak tahu tak apa keputusannya? eh eh mestilah semua tahu dah , kalau tak ,tiadalah saya di mana saya berada sekarang kan? tapi tak kisah lah, nak kongsi jugak , alhamdulillah dapat saringan kedua , yang ini susah sikit kena lisan , ohh lupa la nak beritahu , saya sebenarnya mohon guru interim bagi subjek bahasa arab , dan sepatutnya di tempat kan di SABK tapi perancangan Allah kita tak pernah tahu kan .
Selepas beberapa minggu keluar lah result , Alhamdulillah dapat cumanya tersenarai sebagai "calon simpanan" sebab waktu itu SABK tak memerlukan ramai guru dan yang mohon interim ni ramai , itu orang kata "ikut rezki"
Dan mulalah sesi menunggu kembali ... sampai lah ke tahun 2020 jeng jeng jeng ...
Februari 2020
" Boleh semak dah kawan2 untuk calon² simpanan "
Mereka letak calon2 simpanan SABK ke SK yang memerlukan GPI ,
Tangan laju terus menaip nombor IC dan password , Fuh ! PENEMPATAN : SARAWAK
Macam-macam bermain di kepala , sebab waktu diberitahu penempatan tiada diberitahu spesifik tempat , ingat Sarawak kecil? Besar tau , dan ada 3 fasa , bandar , Luar bandar dan pedalaman , dan waktu tu memang reda kalau ditempatkan di pedalaman , terbayang buaya lah , rumah panjang lah , naik boat lah orang suka berfikir memang macam itu .
Berat hati nak pergi , tak pernah berjauhan hampir 24 tahun , berat hati nak terima ,tapi atas dorongan ummi abi , ku gagahkan hati ini terima tawaran sebab bukan semua dapat rezki tawaran tersebut .
Pada asalnya kami sepatutnya posting dalam bulan April 2020 , tetapi disebabkan pandemik yang melanda negara , tarik posting ditangguh - tangguh , mainan emosi bermula lagi , kerja asal dah letak jawatan akhir bulan 2 , tapi nak kata rezki tu Allah punya bila kita usaha , selama tempoh menunggu kita cuba buat kelas online alhamdulillah setiap bulan masih dapat membeli dengan shopee ( beli barang rumah n barang nak ke sarawak ye kan pkp masa tu ) ,Allah kalau kita usaha memang DIA bagi , kalau tak bagi secara terus pun memang DIA akan bagi ,kena sabar sikit , nak sabar tu lah ,bukan semua dapat ehhh keluar tajuk dah ,
okay kembali pada kisah Sarawak saya ,tunggu punya tunggu dan akhirnya selepas takbir raya malam syawal berkumandang , selepas waktu isya'
" Kawan² dah boleh check penempatan"
debar dia bukan main , macam nak tengok result
.
Laju lagi sekali tangan menekan papan kekunci telefon , masukkan nombor IC dan Password ,
Tahniah anda telah ditempatkan di .......
okay jom sambung part 2 lah 🤭

No comments:
Post a Comment